aku punya karangan ni amek masa 3 bulan nak update *memang tak payah jadi blogger lah kak pah Oii
so, kesinambungan cerita part 1 yg berakhir kat patah perkataan budi pekerti tu....
sebab lah aku ni macam dah agak kenal perangai asben aku macam mane so aku pon dah ada lah jugak jawapan & niat dalam hati nak menerima je lamaran slamber rock dari asben tercinta aku tu, esoknya pulak Opah die call aku, macam biasa la tanya khabar, bla bla bla n so on..... dia pon tanya lah, tak nak ''kawan'' dengan ammir balik ke, kawen lah dengan ammir ye , aku yang dalam 50 50 ni pon jawab, saya fikir dulu ye opah *sopan macam anak kucing je aku menjawab
masa tu ujung bulan februari 2012, aku pon dah macam nekad je kot nak bagi jawapan kat asben aku.. bila dia call aku pon cakap slamber , bila nak merisik * nampak tak nampak tak betapa kami slamber badak sumbu ??
so lepas dia bincang dgn family dia, tarikh 4 mac 2012 adalah tarikh kedatangan mereka untuk menyunting diriku yang sedang mekar di taman astakona *bak kata cik epal, macam hazabedah ayat aku
aku pun garu-garu kepala fikir lagu mana aku nak bagitaw kat mak & abah aku, kalau aku nyanyi lagu wali band mungkin diorang terkejut sebab peralihan zaman diorang tak de lagu sedemikian, so aku pon nyanyi la lagu jeppri din *jauh sgt dh aku menyongsang
mak aku wat ayat macam ni ''kamu bio beno dayah, hari tu macam dah tak nak sgt, berkelahi, ini udoh kate nak kawen pulok, eii...kome ni , penin aku mikio hei kome'' dgn loghat perok nye yg pekat , aku pon ''hehehehehee'' jelaaa ... ''dah jodoh kot mak''
tanpa berlengah asben aku pun balik ipoh & bawak aku pergi cari cincin merisik, macam gedik pulak aku kan, cincin merisik dah tentu belah rotan je, bagi ukuran sudah, tapi tak, aku nak pilih sendiri, tak nak belah belah rotan, aku nak belah balak, hambekk
3hb mac tu hari sabtu, pas keje halfday aku pun merempit balik kampung, ahad pagi-pagi pergi pasar dengan mak, beli lauk untuk masak tengahari , family asben datang dalam pukul 10.00 pagi, pas bincang-bincang , tetap lah tarikh bertunang 31 march 2012 sempena harijadi aku yg ke 24 ^^
korang bayang kanlah dalam kepala otak korang dalam masa kurang sebulan aku wat persiapan nak tunang, memang main sapu jela ape yang terdaya dilakukan.............
memandangkan jam lap top aku dah tunjuk pukul 11.36pm, aku pun kenalah ajak mata aku tidur, esok nak kerja, kalau bapak aku jadi PM tak pe lah nak tidur kat Office ye tak
next lah aku update persiapan aku bertunang
Sunday, May 26, 2013
Macam Mana Aku Boleh Terkawen - Part 2
Posted by Cik Puan Dhaya ohohoo at 8:36 AM 0 comments
Kenapa Aku Tenggelam Susah nak Timbul
Baca entry atas macam nak kata aku gemuk kan *memang gemuk lah, tapi yang ni mahap la bukan aku nak cerita pasal berat badan aku yang naek tak turun-turun , aku nak story kepelikan diri aku jer kat korang.
aku ni dari zaman sekolah memang teramat suka menulis, mereka cerita, patu sabitlah aku wat bebelog ni, tapi aku pelik kenapa aku selalu tak hapdate aku punya blog, mungkin sebab aku menaip bukan menulis *alasan boleh terima pakai ye tak
sebab tu la bila mood aku mai aku akan update blog aku 2 3 post *lantak lah blog aku ye
so rini kot la lepas aku tekan butang publish mood aku nak menaip masih ada, aku sambung lah cite sal aku terkahwin tu *opsssss
okbai.
Posted by Cik Puan Dhaya ohohoo at 8:15 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)