Aku kesian dengan keadaan blog aku ni, kesian dapat tuan yang pemalas nk cuci blog, berhabuk-habuk dah blog ni aku biarkan bertahun lamanya, nasib baik kegagahan dan kecekalan hati aku nak mencari balik email & password berjaya !!
dengan keadaan aku yang dah jadi mak orang ni, lagi lah kesuntukan masa nak menaip lelaju
ada pulak ke orang nak kesah life aku ni??
nanti aku nak UPDATE story sepanjang kehamilan aku & sampai aku BERANAK
oklah, nak memnuhi jemputan OPEN HOUSE dengan unit day care
SALAM ..............................
Sunday, August 2, 2015
BLOG Ku Yang Suam Suam Kuku
Posted by Cik Puan Dhaya ohohoo at 9:55 PM 0 comments
Tuesday, September 9, 2014
Detik Bergelar Seorang Ibu - Part 1
Assalamualaikum
Walaupun blog ni dh berkarat berhabuk tahap kne pkai clorox tapi selagi aku boleh login ok la kot kan.. so, sekarang aku nak cerita pengalaman aku nak jadik mak mak ni...
Aku mula tahu aku pregnant lepas balik dari PTM, nasib la mase PTM tu aku ikut kata hati naluri aku ni tak nak buat yang lasak2.. senaman pagi pun aku buat hari 1st je. Balik dari PTM aku check la gune pregnancy test yg aku beli kt farmasi, farmasi mana pun nak taw ke? Eh! Test2 tengok naik 2 lines merah, ape lagi lompat2 la aku dalam bilik air tu (tu tipu) terus g kejut laki aku yang tengah sedap buat taik mate. Die wat ekspresi yg mcm nak makan penampar je, padahal die kate die speechless, ok lah xjadi nak tampor, kang jadi isteri durhaka pulak. Utk lebih mengomfirmkan kesahihan nya kitoranf pegi la klinik kesihatan wat ujian air kencing.. doktor kate tahniah !! Anda mengandung 6 minggu.
So, bermula la episod aku mengalami alahan yang super menduga bagi aku. Aku mase tu duduk kat Putrajaya, asben aku duduk tg.malim, tu dah 1 dugaan jugak, starr aku hilang selera makan, bau makanan muntah, tengok makanan muntah, makan lg la muntah, minum pun muntah, ape pun tak leh masuk dalam perut aku mase tu, yang sadis nya tengok iklan dalam tv pun muntah, kau rase??
Dah macam tu memang alkisahnya aku keluar masuk wad kecemasan sebb dehydrated, paling banyak yang aku pernah kene drip dlm sehari 6 botol air, dalam seminggu 3-4 kali aku akan duduk kt wad kecemasan tu sampay doktor pon dah cam muke aku, ape lagi time tu berat aku merudum la kedebuk.
Yang lagi malangnya aku tak suka dengan bau rumah yang aku sewa tu,Aku memang duduk bertapa dalam bilik aku jela.. kalau nak keluar ke tandas pon tutup hidung ngan towel, kau rase??
Nasib baiklah officemate aku n bos sangat2 lah memahami, aku datang ofice pon dioramg suh aku g berehat kat surau, lap u all lah!
Buku perkhidmatan aku memang penuh ngan warna merah sebab MC aku mase tu berderet2.
Dah la jauh dari suami, kauorang bayangkanlah prasaan aku di ketika itu (gila ayat novel jahh) airmata hari hari tap tap tap jatuh dipipi menemani hari hari yang sangat lambat berlalu bagi aku mase tu. Masuk bulan puase, aku try puasa sehari, esok nya pegi klinik, check air kencing, laju doktor anto aku g hospital putrajaya naek ambulans, neno neno.. sambil mendengar ceramah doktor.. " u sangat kering, air dalam badan u dh tahap bahaya, u mana boleh puasa! U sayang diri u n baby u ok!" Sadis puasa taun 2013 aku puasa 1 je, kau rase??
Mase alahan teruk tu aku nak berdiri pon ase tak boleh, kaki aku shaking habis. Balik kampung tiap2 minggu la jawapannya, mak jugak yang dicari, kikikikii.
Alahan aku berterusan sampay la kandungan aku mencecah usia 16minggu aka 4 bulan!! Weeee... lepas raye tu aku dah boleh la terima makanan sikit2.. n dapat 1 berita gumbira, permohonan aku bertukar ke hospital slim river dah diterima!!
Ok lah, perut dah lapor, nant sambung balik cita!! Part 2 ^^
Adiossaaa
Posted by Cik Puan Dhaya ohohoo at 1:08 AM 1 comments
Monday, June 10, 2013
Al kisah E-Day ku Yang Simple Dimple
Huh, kira tak berapa lama ambil masa nak hapdate 1 lagi post, kihkihkih, sabo jelah ye.
Okey
sambung dari lepas merisik tu kan, so kami pun mula lah menjalankan
kaki kaki kami ke kedai kedai untuk menyediakan barangan nak tunang yg
berlangsung pada 31 mac 2012, antara barang hantaran aku yang super
simple adalah :
1 . Cincin
pic 1st yg tgn belah kiri adalah cincin merisik & belah kanan cincin tunang (sorry lah tangan mak macam pekerja buruh) kitorang menziarah hampir-hampir 10 kedai sekitar Ipoh, (ternyata aku memilih) tapi okelah ape, takdelah aku cekik darah laki aku, cincin merisik dalamRM4++ , cincin tunang tak sampay 1k
2. Barang-barang peribadi (peribadi kerr ??) seperti tuala, sejadah, telekung (tak tersenarai dalam list aku, ingat nak bagi time kawen, tpi mak mertua ku tersyg bagi jugak masa tunang) :
pic 1st adalah dari sebelah asben aku :
-cake
-telekung
-sejadah
-towel
-buah2
-gula2 etc
-kain untuk buat baju nikah
- & cincin
pic 2nd dari aku :
-cupcake (aku tempah dekat taman meru, ipoh, 12 biji RM80)
-Sejadah
-towel (ada sulam nama, tempah dekat Greentown Mall , 2 towel RM36.00)
-Kain buat baju nikah (beli dkt KL , sepasang RM200)
-Kuih bahulu (mak aku tempah kat kawan dia, tak taw how much)
-almond london aku beli dekat Greentown jugak
-kuih mcm bentuk tembikai comel tu dari best fren aku Fatin Yusoh
-Macam buah Jambu tu dalam dia ada sumi (mak mertua kakak aku buat malam b4 tunang)
-Yg mcm cili tu dalam dia Gula & Garam (mula aku xbuat pon, tapi ikut adat org dulu2, ntah la, aku pun tak faham, mak mertua akak aku buat kan jugak)
-yang kuih warna Hijau Putih tu kuih putu tapi di ubah rupa (mak sedara aku buat)
-yang dlam mangkuk (mangkuk ke) tu ferrero rocher & choclair
-pulut kuning + ayam rendang (mcm nak menurun ilmu pulak)
yang sebenarnya kami langsung tak tahu nak wat tema color apa, memang maen tibai selamba gajah je aku pink+purple , laki aku gold
3. Beli baju tunang (Jubah) Online :
aku sebenarnya tak berpuas hati ngan jubah ni sebab dalam gambar nampak cantik (serik mak kOme) material tak lah bagus sgt + besaQ bak hang (kawan mak sampai suruh mak tukar baju non2 Oiii) hahahahaa, aku beli jubah ni RM 145, veil akak aku sewa dekat butik pengantin dekat Tambun RM50, aku beli tudung & selendang?? dekat GreentOwn mall dalam RM5+.++ (cadar katil + tirai tu akak aku punya, dia baru kawen bulan 12,so aku tibai lah, berjimat amalan mulia ^^)
4. Mekap :
JuruMekap ni kawan kakak aku, dulu aku tengok dia mekap akak aku soft je, sekali mekap aku macam burung jampok pulak aku rasa, RM100, aku ni muka spisis tak boleh mekap tebal-tebal, ehem2
5. Mini Pelamin ??
Mini pelamin ni aku decorate sendiri, bunga, kain tirai aku beli, stage je aku sewa dekat Amelia Amir RM50, Jadi lah kan, aku main hentam keromo je pon. pic atas ni sume bestfren aku, sebelah aku Akie , Fatin Yusoh , & Shima (budak kecik tu anak sedara shima).
Settle la kot aku cerita, ke ade yang tertinggal, yelah benda macam dah lama kan, setahun lebih dah.
pic atas nih suasana masa keluarga kami tengah berbincang, most of all yg nampak family & sedara mara family aku, yg baju putih tu jiran + ada bau2 bacang la, yg duk atas kerusi atuk sedara (abah aku tak reti nak sembang hal-hal macam ni, dia tak kesah hantaran brape sume, atas anak2, dia kata ^^)
ni lah gambar kami masa lepas jadi tunangan, ramai pertikai kenapa asben aku pakai tshirt je, the person to blame is me, hahaha.. aku yg suruh dia pakai tshirt je, almaklum la majlis ni pun kecik-kecik je, nak cari baju untuk hasben aku pakai kot la nak same kaler pon xsempat, pikio la jahh Oii kurang sebulan persiapannya.
memang simple gila kan E-Day aku, less money, less pembaziran, kikikikikikii, Ohh ya, makan sume bapak aku yang uruskan, aku wat ayat kesian ''abah sponserlah, org tak sempat nak simpan duet'' hahahaha, bagus tak aku??
tak lah ramai jemputan 1++ org je pon, sedara mara terdekat, jiran terdekat, kawan terdekat, gituuuuu~
since perOt aku memulas-mulas nak berak, aku berenti dulu membebel, Okbai.
Posted by Cik Puan Dhaya ohohoo at 8:17 AM 0 comments
Sunday, May 26, 2013
Macam Mana Aku Boleh Terkawen - Part 2
aku punya karangan ni amek masa 3 bulan nak update *memang tak payah jadi blogger lah kak pah Oii
so, kesinambungan cerita part 1 yg berakhir kat patah perkataan budi pekerti tu....
sebab lah aku ni macam dah agak kenal perangai asben aku macam mane so aku pon dah ada lah jugak jawapan & niat dalam hati nak menerima je lamaran slamber rock dari asben tercinta aku tu, esoknya pulak Opah die call aku, macam biasa la tanya khabar, bla bla bla n so on..... dia pon tanya lah, tak nak ''kawan'' dengan ammir balik ke, kawen lah dengan ammir ye , aku yang dalam 50 50 ni pon jawab, saya fikir dulu ye opah *sopan macam anak kucing je aku menjawab
masa tu ujung bulan februari 2012, aku pon dah macam nekad je kot nak bagi jawapan kat asben aku.. bila dia call aku pon cakap slamber , bila nak merisik * nampak tak nampak tak betapa kami slamber badak sumbu ??
so lepas dia bincang dgn family dia, tarikh 4 mac 2012 adalah tarikh kedatangan mereka untuk menyunting diriku yang sedang mekar di taman astakona *bak kata cik epal, macam hazabedah ayat aku
aku pun garu-garu kepala fikir lagu mana aku nak bagitaw kat mak & abah aku, kalau aku nyanyi lagu wali band mungkin diorang terkejut sebab peralihan zaman diorang tak de lagu sedemikian, so aku pon nyanyi la lagu jeppri din *jauh sgt dh aku menyongsang
mak aku wat ayat macam ni ''kamu bio beno dayah, hari tu macam dah tak nak sgt, berkelahi, ini udoh kate nak kawen pulok, eii...kome ni , penin aku mikio hei kome'' dgn loghat perok nye yg pekat , aku pon ''hehehehehee'' jelaaa ... ''dah jodoh kot mak''
tanpa berlengah asben aku pun balik ipoh & bawak aku pergi cari cincin merisik, macam gedik pulak aku kan, cincin merisik dah tentu belah rotan je, bagi ukuran sudah, tapi tak, aku nak pilih sendiri, tak nak belah belah rotan, aku nak belah balak, hambekk
3hb mac tu hari sabtu, pas keje halfday aku pun merempit balik kampung, ahad pagi-pagi pergi pasar dengan mak, beli lauk untuk masak tengahari , family asben datang dalam pukul 10.00 pagi, pas bincang-bincang , tetap lah tarikh bertunang 31 march 2012 sempena harijadi aku yg ke 24 ^^
korang bayang kanlah dalam kepala otak korang dalam masa kurang sebulan aku wat persiapan nak tunang, memang main sapu jela ape yang terdaya dilakukan.............
memandangkan jam lap top aku dah tunjuk pukul 11.36pm, aku pun kenalah ajak mata aku tidur, esok nak kerja, kalau bapak aku jadi PM tak pe lah nak tidur kat Office ye tak
next lah aku update persiapan aku bertunang
Posted by Cik Puan Dhaya ohohoo at 8:36 AM 0 comments
Kenapa Aku Tenggelam Susah nak Timbul
Baca entry atas macam nak kata aku gemuk kan *memang gemuk lah, tapi yang ni mahap la bukan aku nak cerita pasal berat badan aku yang naek tak turun-turun , aku nak story kepelikan diri aku jer kat korang.
aku ni dari zaman sekolah memang teramat suka menulis, mereka cerita, patu sabitlah aku wat bebelog ni, tapi aku pelik kenapa aku selalu tak hapdate aku punya blog, mungkin sebab aku menaip bukan menulis *alasan boleh terima pakai ye tak
sebab tu la bila mood aku mai aku akan update blog aku 2 3 post *lantak lah blog aku ye
so rini kot la lepas aku tekan butang publish mood aku nak menaip masih ada, aku sambung lah cite sal aku terkahwin tu *opsssss
okbai.
Posted by Cik Puan Dhaya ohohoo at 8:15 AM 0 comments
Friday, February 22, 2013
macam mana aku boleh terkawen?? - Part 1
Posted by Cik Puan Dhaya ohohoo at 12:56 AM 0 comments
Wednesday, February 20, 2013
Kami makan Nasi, Bukan makan Kawan
minah senget ni sebenarnye jiran setaman bunga ngn asbenn hakuu...(kan 44 rumah keliling umah kite tu jiran gituu) ;p
Posted by Cik Puan Dhaya ohohoo at 11:47 PM 0 comments