Assalamualaikum
Walaupun blog ni dh berkarat berhabuk tahap kne pkai clorox tapi selagi aku boleh login ok la kot kan.. so, sekarang aku nak cerita pengalaman aku nak jadik mak mak ni...
Aku mula tahu aku pregnant lepas balik dari PTM, nasib la mase PTM tu aku ikut kata hati naluri aku ni tak nak buat yang lasak2.. senaman pagi pun aku buat hari 1st je. Balik dari PTM aku check la gune pregnancy test yg aku beli kt farmasi, farmasi mana pun nak taw ke? Eh! Test2 tengok naik 2 lines merah, ape lagi lompat2 la aku dalam bilik air tu (tu tipu) terus g kejut laki aku yang tengah sedap buat taik mate. Die wat ekspresi yg mcm nak makan penampar je, padahal die kate die speechless, ok lah xjadi nak tampor, kang jadi isteri durhaka pulak. Utk lebih mengomfirmkan kesahihan nya kitoranf pegi la klinik kesihatan wat ujian air kencing.. doktor kate tahniah !! Anda mengandung 6 minggu.
So, bermula la episod aku mengalami alahan yang super menduga bagi aku. Aku mase tu duduk kat Putrajaya, asben aku duduk tg.malim, tu dah 1 dugaan jugak, starr aku hilang selera makan, bau makanan muntah, tengok makanan muntah, makan lg la muntah, minum pun muntah, ape pun tak leh masuk dalam perut aku mase tu, yang sadis nya tengok iklan dalam tv pun muntah, kau rase??
Dah macam tu memang alkisahnya aku keluar masuk wad kecemasan sebb dehydrated, paling banyak yang aku pernah kene drip dlm sehari 6 botol air, dalam seminggu 3-4 kali aku akan duduk kt wad kecemasan tu sampay doktor pon dah cam muke aku, ape lagi time tu berat aku merudum la kedebuk.
Yang lagi malangnya aku tak suka dengan bau rumah yang aku sewa tu,Aku memang duduk bertapa dalam bilik aku jela.. kalau nak keluar ke tandas pon tutup hidung ngan towel, kau rase??
Nasib baiklah officemate aku n bos sangat2 lah memahami, aku datang ofice pon dioramg suh aku g berehat kat surau, lap u all lah!
Buku perkhidmatan aku memang penuh ngan warna merah sebab MC aku mase tu berderet2.
Dah la jauh dari suami, kauorang bayangkanlah prasaan aku di ketika itu (gila ayat novel jahh) airmata hari hari tap tap tap jatuh dipipi menemani hari hari yang sangat lambat berlalu bagi aku mase tu. Masuk bulan puase, aku try puasa sehari, esok nya pegi klinik, check air kencing, laju doktor anto aku g hospital putrajaya naek ambulans, neno neno.. sambil mendengar ceramah doktor.. " u sangat kering, air dalam badan u dh tahap bahaya, u mana boleh puasa! U sayang diri u n baby u ok!" Sadis puasa taun 2013 aku puasa 1 je, kau rase??
Mase alahan teruk tu aku nak berdiri pon ase tak boleh, kaki aku shaking habis. Balik kampung tiap2 minggu la jawapannya, mak jugak yang dicari, kikikikii.
Alahan aku berterusan sampay la kandungan aku mencecah usia 16minggu aka 4 bulan!! Weeee... lepas raye tu aku dah boleh la terima makanan sikit2.. n dapat 1 berita gumbira, permohonan aku bertukar ke hospital slim river dah diterima!!
Ok lah, perut dah lapor, nant sambung balik cita!! Part 2 ^^
Adiossaaa
Tuesday, September 9, 2014
Detik Bergelar Seorang Ibu - Part 1
Posted by Cik Puan Dhaya ohohoo at 1:08 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
tahniah...best2
Post a Comment